Thursday, August 21, 2008

Responsss

Ha, cheq nak respond....

dah respond dah. Hiks~

ok la, Nak ucapkan selamat menyambut

Ramadan Al Mubarak

pada semua ahli dan pembaca blog ni. Al Maklum, sudah bersawang. Insya ALLAH, tiba Ramadan, bila masa senggang tu ade *insyaALLAH* akan dinaikkan gambar2 apa2 yang necessary. :P


Tuesday, August 12, 2008

kenapa la korang malas sangat haa?

aku tak pernah jumpa umat manusia yang malas dan bengap mcm korang... dah la blog nih makin menyepi.. dulu waktu nak gih family day.. tiap tiap hari meriah.. nih.. sampai aku offer jadik penulis sambilan pun tak der saper saper yang respons.. korang kenapa ha? mana pergi junior? senior? ha? ha? lahaaa!

Friday, August 1, 2008

PESKA FAMILY DAY 2008

apa apa pun.. nak mintak sorry sangat sebab update lambat.. bz la... bukan mcm orang tuh.. duduk saja kat opis.. matilaaa gomen...


Alhamdulillah.. pada tanggal 14 – 15 jun 2008.. Persatuan anak seni kampus (PESKA) telah mengadakan Family Day yang mana dapat mengumpulkan super duper senior, senior dan junior dalam acara yang begitu meriah sekali.. walaupun tak semua bekas ahli peska yang dapat hadir.. tetapi family day ini berjalan dengan lancer dan meninggalkan seribu kenangan manis buat semua (ayat mcm karangan SPM kan?)

Sebenarnya idea untuk mengadakan family day nih adalah tercetus daripada Pn era yang mana telah menghantar post group discussions di laman web friendster pada tanggal 4 Januari 2008.. kemudian tajuk perbincangan ini disambut baik oleh saudari syaz yang mana telah reply mengatakan yang dia setuju.. bermula sejak itu la discussions board itu menjadi semakin panas and setaip hari ada shaja orang yang update.. ini menunjukkan yang semua ahli peska begitu teruja unutk mengadakan family day nih.. tapi yang herannya.. junior langsung tak join dalam discussions board nih.. u oll ke mana?

Kemudian.. atas dasar tak sedar diri.. semua telah melantik diri sendiri menjadi AJK FAMLI DAY nih.. hehehhe.. bukan semua la.. AJK tertinggi jer.. memang tak malu diorang tuh.. here short listing utk committee family day PESKA:-

Advisor :- Abg fifi
Ketua Program :- Abg bun
PK Program :- Syaz
Setiausaha :- Eraniza
Bendahari :- Eraniza
AJK Aktiviti :- Abg Jay o n Owen
AJK PA System :- Abg Hary & Eraniza
AJK souvenir :- Abg Boy
AJK Makanan :- Amar
AJK Transport :- Anis


Untuk makluman sumer 1 meeting telah diadakan pd tarikh, waktu & tmpt spt berikut:


Tarikh : 6 Mei 2008
Masa : 8.00 mlm (melayu)
Tempat : Mc'D PKNS

Semua AJK yang melantik dr sendiri, dilantik oleh AJK yg melantik dr sendiri dan AJK yg x tau samada dilantik atau tak telah DIWAJIBKAN HADIR. Tapi nan ado! 4 orang je yang datang… sentip!


Kemudian meeting ke dua telah berlangsung pada :-

Tarikh : 20 Mei 2008
Tempat : McD Sek 3
Masa : 8.30 pm - 11.00 pm

Haa.. kali nih ramai la skit yang datang.. so.. banyaklah pandangan yang dapat dikongsi bersama selain sesi gelak2 yang mana melebihi sesi meeting.. begitulah ahli ahli peska..

tetapi... dengan tak disangka sangka.. pengarah program telah mencemar duli untuk turun pada meeting ke 3 yang mana berlangsung pada :-

Tempat : McD Sek 3
Tarikh : 25 Mei 2008
Masa : 6.30 pm - 9.30 pm

Kehadiran :
1. Abg Bun
2. Abg JO
3. Abg Hairi
4. Abg Boy
5. Abg Fit
6. Owen
7. Syaz
8. Era

haaa... kali nih memang serius punya meeting tapi tetap bergelak ketawa mcm MC D tu korang yang punya ek.. begitu lahhh...


jay o tak puas hati kat era ker??


ha ahh.. btol la.. jay o tak puas hati kat era terus makan fries.. over








sebenarnya.. kalau nak diceritakan mengenai perjalanan meeting and segala mcm masalah.. hurmm.. 2 hari pun tak habis.. so.. dengan berkat usaha semua AJK.. maka berlansunglah FAMILY DAY PESKA 2008.. so.. jom kita tengok aktiviti2 yang telah di jalankan.. okeh?

pada 13hb mei.. saudara Fit telah bermurah hati untuk menaja tempat bagi melakukan sedikit persiapan terutamanya persiapan makanan.. manakala saudara jay o pula menaja tempat untuk melakukan persiapan untuk goddies bag..


kesian kat hel.. tak dapat ikut.. tak der cuti.. tapi tetap datang tolong apa yang patut.. tq hel..


rumah jay o ader air cond tak?

so.. semuanya berjalan lancar dengan pertolongan AJK yang hadir.. terima kasih kepada semua yang memberikan kotmitmen yang begitu jitu sekali.. hahaha...

HARI PERTAMA:

pada 14hb mei 2008 lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi.. semua telah berkumpul di kediaman saudara fit dan telah konvoi beramai ke PD.. ikut jalan lama yer.. hazab sangat.. nak jimat tol kata era! hahhaha...

tapi.. sebelum bertolak.. sempat la pose2 dulu kan.. tetapp...




kereta owen yang terpaksa dijadikan tempat letak pemanggang ayam dan semua tahu yang owen tak rela sebenarnya sebab keta dia baru lagik!


tapi... tengah isi minyak.. dah pakat2 calling plak... ajak g bekpes dulu.. maka.. bersinggahlah rombongan cik kiah ke restoren hakim se 7.. akhirnya dalam 10.30 jugak la baru bertolak...

fit tengah kutuk dalam hati dan lepas tuh terus sms abun.. manakala boy sedang record peristiwa yang sedang berlaku..


sepanjang perjalanan memang tak der gambar yang diambil.. semua lite2 ngantuk ngan lenguh sebab lama sangat dalam keta and tak sabar nak tgk pantai kaedahnya.. dalam pukul 12.00tgh mcm tuh.. sampai la kat banglo yg kiteorg sewa tuh.. best sangat.. besar.. bersih.. dan legkap dengan semua alatan memasak mahupun tv dan dvd.. grand kan? bilik semua ada aircond dan memang amatlah berpuas hati.. serius! semua pakatlah berebut bilik dan as per request.. era dapatlah berhoneymoon dengan suaminya jugak dan mendapat speciality satu bilik tak perlu dikongsi.. hik.. hik.. hik.. berembak la malam tuh.. harusss...

sebelum menanti pukul 4ptg untuk memulakan aktiviti sukaneka.. ajk makanan dan pengarah program jugak dibantu oleh rakan2 yang lain sibuk untuk menyediakan makanan dan minuman utk majlis bbq malam nanti.. kesempatan nih nak ucapkan terima kasih kepada kak zer yang sudi menaja nasik lemak sambal tumis udang berserta timun dan telur goreng yang dibawa khas dari kluang johor menaiki kereta estima.. huh! penat! hehe.. nasik lemak tuh simpan waktu bbq nanti..

berbalik pada acara sukaneka.. semua dan bersiap sedia dengan outfit pantai terutamanya boy! kan~.. hiks.. dalam pukul 4ptg.. semua konvoi jalan kaki selama 3minit jer untuk sampai ke pantai.. lenggang lenggang kangkung yer! untuk memeriahkan lagik keadaan.. kiteorang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan purple, kumpulan hijau, kumpulan coklat dan kumpulan kuning.. mari kita berkenalan dengan kumpulan2 tersebut..


jay o tengah memberi sepatah dua kata

kumpulan kuning

kumpulan coklat

kumpulan hijau


kumpulan purple (the winner) wuahahahaha

macam2 acara yang telah diadakan.. terima kasih kepada ajk permainan dan sukaneka iaitu saudara jay o yang bertungkus lumus memastikan semua berjalan lancar dan alih2 dia yang kena hentam dengan peserta.. hahaha.. antara sukaneka yang diadakan adalah :

-dont drink and play
-belly ball
-where is the candy
-the longest line
-merry go round

walaupun lima acara jer.. kiteorang rasa waktu tuh satu pd sedang tengok kiteorang beraksi.. dengan sorakan dari ahli kumpulan ditambah dengan mulut sorang2 yang memang dah tahu kan mcm mana.. but memang best and penat! jay o memang laha! oleh kerana tiada hadiah untuk acara sukaneka.. so.. tiada pemenang yer.. hahah.. cuma semua akan bersorak gempak gempita bila group sendiri memang tapi nan ado hadiah! kumpulan abun telah dipilih sebagai kumpulan pilihan juri kerana begitu pandai mengatur strategi.. tahniah! wuahahahah.. and lupa nak bagitau.. gambar untuk sukaneka pun tak sempat snap sebab semua tengah pulun beraksi dan mengatur strategi.. yang smpat snap hanyalah gambar sewaktu taklimat untuk sukaneka jer.. boleh la ekk? hiks..



korang perasan tak? kenapa asyik gambar kump ijau jer? hurmm.. konpius..


selepas habis acara sukaneka.. maka bermulah episod baru bagi ahli2 peska yang baru dan lama yang belum lagi menempuhi ritual asas bagi setiap ahli peska iaitu upacara 'MENEPUNG TAWAR'.. upacara menepung tawar nih lebih berkonsepkan supaya ahli2 peska sedar diri dan tidak sesekali meninggi diri malah lupa diri serta menjual maruah diri.. bley? para2 senior akan memberi sepatah dua kata berupa sansangan yang amat ringan.. manakala junior2 akan dudk bersila siap dengan posture untuk tarian endang dan mengadap matahari.. dan ketika matahari sedang terik membakar kulit2 yang tidak disapu sun block (boy bawak tant punya spray okay!) maka saat itulah senior2 akan datang dari belakang sambil menepung tawar (menyiram) para junior dengan bancuhan tepung, telur, kunyit, garam, bahan2 masakan lain yang lebih dan tak perlu malah pasir jugak dimasukkan sedikit..(bancuhan adalah seperti membuat cucur udang) junior tak bleh nak kata apa okay! diorang kena tahan sebab itu adalah sebahagian dari ritual bebudak peska.. tapi yang lahanya.. bila semua dah habis tepung tawar.. budak junior boleh palitkan balik bancuhan tepung dan kunyit tuh kepada senior2 balik.. so.. haruslah senior2 bertempiaran lari menyelamatkan diri kan? apakata kita ikuti pengalaman dari saudara abun iaitu pengarah program mengenai sessi tepung tawar nih.. (saudara abun mula ambil keyboard dan terus menaip..)

"aku cukup suka sesi tepung tawar nih.. dulu aku pun dah kena.. so bla dah jadik senior.. haruslah nak kenakan balik bebudak junior kan? tapi aku tak paham la kenapa la aku yang dikejar oleh bebudak junior untuk palitkan balik bancuhan tepung tuh.. aku rasa sebab aku gemok dan aku agak lambat untuk berlari pantas.. memang pun lambat.. sampai semput aku lari.. and tetap kena jugak.. yang bestnya.. tengah syok junior dok tenyeh kepala aku.. depa tak tau yang spek mata aku dah terjatuh dalam laut.. diorang tak pikir dengan ombak bagai.. mcm mana la aku nak cari balik spek tuh! junior2 plak siap lari pegi kat senior lain and aku jer terkial kial cari spek tu sorang2.. nasib baik la dengan kuasa ALLAH jumpa balik okay! tapi berpeluh jugak la aku carik! jadi.. moral daripada cerita diatas.. kalau nak mandi pantai.. jangan pakai spek! okay! back to u miss writer.."


junior and sesetengah senior yg sedang menanti sesi menepung tawar.. motif? anis senyum simpul?..

haaaa... tu diaaa... pengarah program sudah marah.. ermm.. okay.. apakata kita nikmati la gambar aktiviti mandi manda selepas jer berlangsungnya sesi tepung tawar.. waktu sesi tepung tawar.. kamera disimpan rapi yer.. takut rosak kena bancuhan tepung.. so.. tak der la gambar untuk sesi tuh okay? jangan sentap tau sampai letak jawatan!

mereka bukan couple.. jangan gossipkan mereka!







berenang untuk kesihatan..






okeh.. bila semua dah puas berenang sampai kembang segala anggota badan.. saudara pengarah program iaitu abun mengerahkan semua untuk balik bersiap sedia sebab malam tuh nak ada makan2.. well.. mcm biasa.. asal family day jer.. mesti ader bbq.. hurmm.. tak bleh ke kita makan rebus2 ker... goreng2 ker.. mesti nak bakar2 kan? malam tuh makanan memang banyak ya amatss... sehingga tak habis.. memang korang sahabat syaitan tau.. tapi apa apa pun semua puas hati melantakk.. yer laa.. semua menu ada.. kalau nak diet makan salad.. kalau tak nak diet makan la nasik lemak ngan bihun goreng.. apa apa pun disini nak ucapkan terima kasih kepada miss lisa stainfield sebab sudi menjadi ajk bakar2 membakar sehingga ke penghujung rancangan.. orang lain pun ader gak yang tolong bakar.. cuma lisa steinfield la ada kat situ sampai habis.. gituu.. okeylah... kita tengok gambar jer lah ekk.. malas la nak taip.. dah lama dah entry nih tergendala tau...





asyik gambar era jer kan yang ada?


wahh saudara fifi.. gembira nampak?

bila dah semua habis melantak.. acara seterusnya adalah tengok balik persembahan persembahan yang pernah peska buat.. dari zaman dulu2 waktu tn haji kurus sehinggalah yang terkini.. tapi.. yang ado? semua pakat mengantuk.. yer laa.. biasa la.. perut dah kenyang.. pastu tengok tv sambil berbaring.. harus la kan? mengulorrrr semuanya!

tengok tuh... dah mcm dugong terdampar pulak!

oleh kerana semua dah ngantuk.. saudara pengarah program pun lantas mencipta satu permainan yang memang membuatkan semua orang tak ngantuk dah sampai bleh sambung makan lagik sekali.. apakah permainan itu? permainan itu adalah...


***atas sebab2 yang tak dapat dielakkan dan takut disaman oleh semua orang.. kita terpaksa skip cerita ini okeh.. tapi jangan risau.. peska masih berpijak di bumi yang nyata.. kami tak melakukan aktiviti yang tak senonoh pun.. sumpah demi ALLAH.. jauh sekali nak buat yang bukan2.. iman masih kuat okay!***


habis jer permainan tuh.. semua dpat hadia sorang satu.. tq kepada saudara boy yang menyediakan goodies bag yang begitu cantik sekali! polka dot! huhuuhu... banyak benda2 sponsor yang ada kat dalam goodies bag tuh.. terima kasih jugak kepada sponsor2 yer... hiks

bila semua dah kenyang dan mengantuk.. maka semua pun masuk la tido.. best tau.. semua bilik ader air cond! si era tuh siap dapat honeymoon lagik laaa.. huh... so.. kita bersambung kepada aktiviti esok yer?

aktiviti esok?

nan adoo... sapa bangun awal.. dapat lah g mandi lagik sekalik... mandi punya mandi pastu balik umah.. makan tengah hari... opss.. lupa plak yang sarapan pagik tuh disediakan oleh saudara ajk makanan iaitu amar.. awal amar bangun pagi.. kalau la tak der amar ngan abg nasir waktu tuh.. tak der orang nak panaskan steamboat lebihan ngan bihun goreng lebihan tuh..

hmm.. lepas dah semua settle.. masing2 dok mendugong kat bilik kejap sebelum nak tunggu check out.. masa tuh la masing2 bz bergambar... (gambar tak der dalam simpanan.. maaf..)

.............................................................
............................................................
............................................................

tepat jer pukul 2.00ptg.. datang la cina tuh nak ambik balik umah dia.. hiks.. so semua la kalut la keluarkan barang letak dalam kereta termasuklah saudara pengarah program yang terus tertinggal bantal hikmatnya! sentip lagik sekali!

tapi kan... tetap ada tapi.. last sekali kami pun bergambar la secara kenang kenangan beramai ramai seolah2 bergambar kat majalah sekolah.. kesian kat kak izer sebab dia nak kena balik awal..(gih dating la tuh.. elehhh) so.. gambar dia memang tak der.. apa nak buat.. tak der rezeki.. hiks.. and terima kasih kepada cik ki kak arin yang sudi menjadi jurugambar pada petang tuh... so.. let's la.. tgk pic tuh... bleh?


**sebelum di edit..**


**setelah diedit oleh Pn Era**


**tetiba plak ader free style..**

habis jer bergambar ramai2.. harus la semua pakat bergambar untuk kamera sendiri kan.. helehh.. mcm la korang jer ader kamera.. hah! mai kita tengok gambaq2 orang yang berangan ada kamera digital! katanya....

first sekali segmen era..





pastu segmen pengarah program plak...





hahahhahah... ada yang jeles la tuh... mesti ada! helehhh...... hmm.. lepas jer bergambar sehingga berpeluh peluh (rujuk gambar saudara pengarah program).. cik ki kak arin terus belanja semua minum cendol plak kat depan tuh... nih yang suka nih.. semalam belanja ais krim.. nih cendol plak.. bleh la ajak cik ki kak arin lagik nih.. huwahahah.. so.. sambil makan cendol.. kita orang pun cheers laa... peska forever.. (cheese cake tak der okay!.. matilaaa korang tak paham)


gambar era lagik...



mat saleh tuh la cik ki kak arin.. naik jaguar okay! matilaaa kak nam...





mak cik cendol tuh terus tutup kedai sebab dah untung dah.. geng peska serbu..

habis jer semua minum cendol.. pakat2 nak balik sebab tak tahan panas.. lepas laga laga pipi.. semua berangkat pulang dengan kenderaan yang telah ditetapkan.. hurmm.. alhamdulillah.. semua berjalan lancar tanpa ada sebarang benda yang tak diingini.. memang semua puas hati (puas ker?) hehhe... dan semua menantikan entry nih kan? hahaha... sekali lagik nak mintak maaf sebab lambat sangat nak update.. so.. sapa sapa ada gambar nak letak kat sini.. bleh email kat peska.uitm@gmail.com... TQ


dengar cerita lepas nih nak ke langkawi pulak... hurmm.. jadi ker? hikss.....